ABOUT US
Bermula tahun 2019 sehingga akhir tahun 2022, sebanyak 4 kali perubahan fungsi dan penjenamaan semula Bahagian Penyelidikan di MAIS. Pindaan bermula daripada Mesyuarat Jawatankuasa Sumber Manusia Bil.2/2019 bertarikh 14 Mei 2019 yang telah bersetuju untuk menaik taraf fungsi Bahagian Penyelidikan MAIS dengan menjadi sebuah Pusat Sehenti (One Stop Center) bagi menjalankan penyelidikan berkaitan Hal Ehwal Agama Islam di Selangor.
Mesyuarat Jawatankuasa Sumber Manusia Bil.1/2021 yang bersidang pada 4 Februari 2021 pula telah membuat ketetapan untuk menggabungkan fungsi Bahagian Penyelidikan dengan Perpustakaan Wakaf dan diberikan nama baru iaitu Bahagian Penyelidikan dan Maklumat.
Mesyuarat Jawatankuasa Sumber Manusia Bil.2/2021 yang bersidang pada bulan berikutnya iaitu 20 April 2021 sekali lagi telah menjenamakan Bahagian Penyelidikan dan Maklumat kepada Pusat Penyelidikan MAIS
Seterusnya yang terkini, Mesyuarat Khas Jawatankuasa Sumber Manusia (JKSM) MAIS yang bersidang pada 22 Disember 2022 yang lalu telah bersetuju untuk menambah satu lagi fungsi baharu Pusat Penyelidikan iaitu menjadi penyelaras dasar sedia ada dan penyedia dasar baharu di MAIS.
Bermula Januari 2025, Satu sistem E-Repositori@MAIS akan digunakan oleh Pusat Penyelidikan bagi menyimpan, merekod dan menyebarkan bahan sumbernya kepada pegawai MAIS, agensi Islam Selangor, masyarakat dan penyelidik.